Saturday, August 21, 2010

getting well

semalam dapat kurasa suhu badan baby agak panas. lantas hari ni isteriku cuti dengan niat untuk membawa baby ke klinik. baby nampaknya beransur pulih selepas mandi dan hasrat untuk ke klinik dibatalkan. pun begitu kami berikan ubat dari sesi yang lepas untuknya. pada masa yang sama kucuba produk kool fever, pelekat pada dahi. malam ini selepas diberikan ubat, baby agak berpeluh dan aktif bermain. moga2 esok hari demamnya akan hilang sepenuhnya.


Friday, August 20, 2010

demam

hari ini anakku demam. walaupun begitu, dia tetap aktif. namun sifat semulajadi anak kecil merengek minta didukung. dalam keadaan yang agak kelam kabut dicampur dengan urgent conference call tengah hari tadi, aku sedikit memarahinya tanpa sengaja. satu tindakan yang kurang wajar buat anak kecil yang tidak tahu apa2. jauh disudut hati, aku merintih. apakah salah anak kecil itu minta dimanjakan saat demam menghidapi badan?

Thursday, August 19, 2010

mukaddimah

blog ni aku ciptakan khas untuk Idlan Hamzah, anak aku yang tersayang. insyaAllah pengalaman, kegembiraan, suka duka dan warna warni kehidupan aku membesarkannya akan kupaparkan disini. mungkin satu hari nanti anak ini akan dapat membaca sendiri kisah diawal hidupnya. walaupun aku tahu kemungkinan itu agak samar namun biarlah masa yang menentukan. sekurang2 dapat aku nyatakan limpahan kasih sayang seorang ayah buat anaknya melalui kalam perkataan.

kata orang sayangkan anak tangan2kan. aku tak pasti dari mana datangnya ungkapan itu. tapi akan kucuba mendidik anak ini mengikut acuan islam yang sebenarnya. berdasarkan ajaran rasul buat umatnya yang bergelar ibu dan bapa. banyak hadis Rasul dan ayat alquran yang khusus mengajar kita tentang cara mendidik dan menangani seorang anak. aku bukan seorang yang alim. bukan juga seorang ustaz. juga bukan seorang pakar didik anak2. aku cuma seorang bapa biasa yang bercita2 untuk buat yang terbaik buat anakku sendiri.

aku ingin anakku menjadi seorang anak yang soleh. tapi terlebih dahulu aku harap aku dapat mendidik diriku menjadi hamba Allah yang sejati. moga2 urusan mendidik anak ini dipermudahkan oleh-Nya.

Tuhan.. kumohon bantuan dariMu..