Tuesday, October 26, 2010

tanggung jawab semakin besar

perkara yang sedikit mengganggu aku sebelum ini ialah jadual shift aku yang sedikit berubah bermula bulan Oktober. kalau sebelum ini shift aku ialah sama ada 5pm-1am ATAU 1am-9am. namun jadual baru sekarang ialah 8pm-4am ATAU 1am-9am.
yang mengusutkan fikiran aku ialah aku akan perlu lebih banyak masa waktu siang untuk berehat. dan aku agak bimbang jika tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang terbaik untuk menjaga anakku. tambahan pula dia dah pandai buat itu dan ini. perkembangannya juga semakin cepat dari segi mental dan fizikal. perlu lebih perhatian untuk melayan kerenahnya. dan lebih penting untuk memberikan contoh terbaik sebagai bapa. kadang2 bila aku terlalu mengantuk dan tidur didalam bilik, aku boleh saja membiarkannya bermain setelah aku pasti semuanya selamat. toto aku hamparkan disegenap ruang bilik. barang2 didalam bilik juga aku simpan di tempat yang tak dapat dicapai. walaupun pasti semuanya akan selamat, aku bimbang jika aku memberikan contoh kurang baik kepadanya. aku tak mahu anakku melihat ayahnya tidur banyak di waktu siang. lagi pula dalam usianya sekarang, dia perlu lebih banyak bermain. sebab dengan bermain mindanya akan lebih aktif. sebab itu kadang2 aku biarkan saja dia sepah2kan baju2 dalam almari. namun tak lah semuanya ku biarkan. penat pula nk disimpan. sekarang ini aku cuba melatihnya untuk menyimpan semula barang yang disepahkan. alhamdulillah ada sedikit permulaan yang baik. sebagai pengasuh, menjadi tanggungjawab untuk bermain, mengasuh dan mengajar sikecil ini. banyak perkara yang nampak remeh tapi sebenarnya penting untuk perkembangan mental bayi. contohnya memang kebiasaan bayi akan mengambil dan membaling sesuatu. jika handphone kita ditangannya pasti dia suka untuk mencampaknya sesuka hati. anakku juga begitu. namun aku biasakan untuk tidak merampas dari tangannya. sebab kelak ini mungkin menyebabkan dia suka merampas hak orang lain. apa yang aku buat aku gantikan handphone itu dengan benda lain lebih sesuai untuk di baling atau dicampak sesuka hatinya. lagi satu, perbuatan mencampak barang ini juga penting untuk bayi mengkoordinasi pergerakan jari dan tangan untuk berfungsi dengan lebih baik. sebab itu selalu juga aku bermain dengannya menggunakan bola.
kesimpulannya, sekarang adalah masa untuk menambah satu lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. iaitu mendidik. apa yang aku buat atau tidak buat sekarang ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada perkembangan mental, perangai dan tingkah lakunya pada masa akan datang. aku masih belajar untuk menjalankan semua ini dengan terbaik yang mampu aku lakukan. aku perlu memahami dengan apa yang dimahukannya. juga apa yang diperlukannya. dan aku bimbang dengan perubahan jadual shift aku, aku tak mampu memberikan yang terbaik. ini lah yang mengganggu fikiranku sekarang. moga2 Allah memberikan kekuatan kepadaku untuk menjadi bapa yang terbaik untuk sikecil Idlan Hamzah ku ini.

Wednesday, October 20, 2010

imbas kembali

masuk bulan ini bermakna sudah 6 bulan aku mengasuh anakku di rumah. imbas kembali, aku mula mengasuh sendiri anakku selepas isteriku mula bekerja. tika itu, anakku berumur 5 bulan. pada mulanya ibu mertuaku turut membantu dengan tinggal dirumah kami selang seminggu.alhamdulillah ianya sangat membantu terutamanya bagi aku yang pertama kali menjadi mr mama. namun ibu mertua aku juga punya tanggungjawabnya sendiri di kampung. takkanlah selama2 bapa mertua aku nak makan nasi dikedai.
manakala ibu aku sendiri tinggal jauh dikampung, aku memahami kesukarannya untuk datang. namun alhamdulillah berkat kepercayaan semua pihak, aku agak selesa mengasuh Idlan walaupun jadual kerja aku yang tak menentu.
bagaimana pula aku dapat menjaga dirumah? ya sebabnya aku berkerja dalam bidang IT dan alhamdulillah aku tak terikat untuk datang ke pejabat. aku hanya ke pejabat sebulan sekali.
cumanya aku terpaksa bekerja mengikut U.S. working hours. atau nama lainnya, shift petang / malam. sebelum ini shift aku sama ada petang (5pm-1am) atau malam (1am-9am). jadual shift ini akan bertukar selang seminggu. pada minggu aku bekerja shift petang, agak mudah bagi aku menyesuaikan diri dengan tugas sebagai mr. mama di waktu siang. namun pada minggu shift malam, adalah satu cabaran bagi aku. ya la..malam kerja. siang mengasuh anak. namun aku tabahkan juga cuba mencuri sedikit ruang untuk tidur ketika anakku tidur. atau ketika aku bekerja. sebab kerja aku pun lebih kepada standby. jika tiada apa2 isu berkaitan sistem, aku memang bnyk berehat. tapi aku harus sentiasa alert dengan email kalau2 ada incident dengan sistem. kadang2 aku tertidur lama sehingga 3 jam. jika tiada incident ketika ini, ok lah. tapi jika ada, dan aku tidak respond dengan email notification tersebut, memang naya la aku.
manakala pada minggu2 aku bekerja shift petang, ianya adalah waktu yang ditunggu2. pada minggu seperti ini, sekurang2nya aku dapat rehat secukupnya selepas minggu shift malam.
ini lah rutin harian sejak 6 bulan lalu.


entri kali ini agak berserabut dan panjang. sebenarnya ada sesuatu yang mengganggu fikiranku yang ingin aku luahkan. namun rasanya perlu dikomakan sebentar disini terlebih dahulu.
insyaAllah akan disambung

Wednesday, October 13, 2010

terjun dari katil???

dalam 3 minggu kebelakangan ini anakku sangat suka memanjat. walaupun belum dapat berdiri tanpa sokongan, dia tetap cuba sedaya upaya untuk memanjat. minggu ini dia berjaya memanjat sofa rumahku dengan sedikit sokongan. dengan ketinggian sofa lebih kurang paras dadanya, dia mampu memanjat naik dengan memijak pahaku. kalau tanpa apa2 pelapik, dia tetap berusaha dengan bunyi mulut yang sungguh beria2. kesian melihatnya yang hampir menangis dan demi untuk mengelakkan dia merasa putus asa, aku pinjamkan pahaku sebagai "tangga" untuknya. memang jelas kepuasannya yang terpancar diwajah setelah sofa itu dapat ditawan.
hari ini satu lagi kemahiran baru berjaya dicapai. ketika aku dan isteriku bermain dengannya diatas katil, aku menyusun ottomen, bantal besar dan toto disebelah katil sebagai tangga untuk mengajar dia turun dari katil. namun sedikit pun tidak dipedulikannya. sebaliknya dia cuba untuk turun kebawah terus dari katil. menakjubkan anakku seperti menganalisa ketinggian katil itu dari tebing. aku yang telah bersedia menyambutnya dibawah takjub bila dia merendahkan badan, meniarap disisi katil, dan menurunkan kakinya dahulu sambil tangan menggenggam cadar. memang teknik yang paling selamat digunakannya. pun begitu aku tetap menyokongnya ketika kaki menjejak lantai untuk mengurangkan impak jatuhan. ketinggian katil adalah paras hidungnya mungkin akan menyebabkan hilang keseimbangan memandangkan berdiri pun dia belum cukup stabil lagi.
teruja dengan perkembangan ini, aku meletaknya kembali diatas katil dan membiarkan dia berlatih beberapa kali. alhamdulillah, dari 4 cubaan, dia menggunakan teknik yang sama sebanyak 3 kali. sekali sahaja mungkin tersalah bajet, Idlan terus jatuh dalam dakapan aku yang mengawasi dari bawah.

aku belum pasti bila agaknya Idlan dapat berdiri sendiri tanpa sokongan. kata orang, baby kalau bertubuh hantap (perkataan yang sering disebut mak mertuaku) memang lambat sikit dapat berjalan. sebabnya badan berisi=berat. wallahua'lam. umurnya kini 10 bulan 17 hari, aku tetap setia menunggu detik dia berdiri tanpa sokongan dan berjalan buat pertama kali . mungkin seminggu, dua lagi. yang pasti aku harap aku tak terlepas moment yang menarik seperti itu seperti apa yang aku lihat hari ini.