Tuesday, October 26, 2010

tanggung jawab semakin besar

perkara yang sedikit mengganggu aku sebelum ini ialah jadual shift aku yang sedikit berubah bermula bulan Oktober. kalau sebelum ini shift aku ialah sama ada 5pm-1am ATAU 1am-9am. namun jadual baru sekarang ialah 8pm-4am ATAU 1am-9am.
yang mengusutkan fikiran aku ialah aku akan perlu lebih banyak masa waktu siang untuk berehat. dan aku agak bimbang jika tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang terbaik untuk menjaga anakku. tambahan pula dia dah pandai buat itu dan ini. perkembangannya juga semakin cepat dari segi mental dan fizikal. perlu lebih perhatian untuk melayan kerenahnya. dan lebih penting untuk memberikan contoh terbaik sebagai bapa. kadang2 bila aku terlalu mengantuk dan tidur didalam bilik, aku boleh saja membiarkannya bermain setelah aku pasti semuanya selamat. toto aku hamparkan disegenap ruang bilik. barang2 didalam bilik juga aku simpan di tempat yang tak dapat dicapai. walaupun pasti semuanya akan selamat, aku bimbang jika aku memberikan contoh kurang baik kepadanya. aku tak mahu anakku melihat ayahnya tidur banyak di waktu siang. lagi pula dalam usianya sekarang, dia perlu lebih banyak bermain. sebab dengan bermain mindanya akan lebih aktif. sebab itu kadang2 aku biarkan saja dia sepah2kan baju2 dalam almari. namun tak lah semuanya ku biarkan. penat pula nk disimpan. sekarang ini aku cuba melatihnya untuk menyimpan semula barang yang disepahkan. alhamdulillah ada sedikit permulaan yang baik. sebagai pengasuh, menjadi tanggungjawab untuk bermain, mengasuh dan mengajar sikecil ini. banyak perkara yang nampak remeh tapi sebenarnya penting untuk perkembangan mental bayi. contohnya memang kebiasaan bayi akan mengambil dan membaling sesuatu. jika handphone kita ditangannya pasti dia suka untuk mencampaknya sesuka hati. anakku juga begitu. namun aku biasakan untuk tidak merampas dari tangannya. sebab kelak ini mungkin menyebabkan dia suka merampas hak orang lain. apa yang aku buat aku gantikan handphone itu dengan benda lain lebih sesuai untuk di baling atau dicampak sesuka hatinya. lagi satu, perbuatan mencampak barang ini juga penting untuk bayi mengkoordinasi pergerakan jari dan tangan untuk berfungsi dengan lebih baik. sebab itu selalu juga aku bermain dengannya menggunakan bola.
kesimpulannya, sekarang adalah masa untuk menambah satu lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. iaitu mendidik. apa yang aku buat atau tidak buat sekarang ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada perkembangan mental, perangai dan tingkah lakunya pada masa akan datang. aku masih belajar untuk menjalankan semua ini dengan terbaik yang mampu aku lakukan. aku perlu memahami dengan apa yang dimahukannya. juga apa yang diperlukannya. dan aku bimbang dengan perubahan jadual shift aku, aku tak mampu memberikan yang terbaik. ini lah yang mengganggu fikiranku sekarang. moga2 Allah memberikan kekuatan kepadaku untuk menjadi bapa yang terbaik untuk sikecil Idlan Hamzah ku ini.

No comments:

Post a Comment