Wednesday, October 13, 2010

terjun dari katil???

dalam 3 minggu kebelakangan ini anakku sangat suka memanjat. walaupun belum dapat berdiri tanpa sokongan, dia tetap cuba sedaya upaya untuk memanjat. minggu ini dia berjaya memanjat sofa rumahku dengan sedikit sokongan. dengan ketinggian sofa lebih kurang paras dadanya, dia mampu memanjat naik dengan memijak pahaku. kalau tanpa apa2 pelapik, dia tetap berusaha dengan bunyi mulut yang sungguh beria2. kesian melihatnya yang hampir menangis dan demi untuk mengelakkan dia merasa putus asa, aku pinjamkan pahaku sebagai "tangga" untuknya. memang jelas kepuasannya yang terpancar diwajah setelah sofa itu dapat ditawan.
hari ini satu lagi kemahiran baru berjaya dicapai. ketika aku dan isteriku bermain dengannya diatas katil, aku menyusun ottomen, bantal besar dan toto disebelah katil sebagai tangga untuk mengajar dia turun dari katil. namun sedikit pun tidak dipedulikannya. sebaliknya dia cuba untuk turun kebawah terus dari katil. menakjubkan anakku seperti menganalisa ketinggian katil itu dari tebing. aku yang telah bersedia menyambutnya dibawah takjub bila dia merendahkan badan, meniarap disisi katil, dan menurunkan kakinya dahulu sambil tangan menggenggam cadar. memang teknik yang paling selamat digunakannya. pun begitu aku tetap menyokongnya ketika kaki menjejak lantai untuk mengurangkan impak jatuhan. ketinggian katil adalah paras hidungnya mungkin akan menyebabkan hilang keseimbangan memandangkan berdiri pun dia belum cukup stabil lagi.
teruja dengan perkembangan ini, aku meletaknya kembali diatas katil dan membiarkan dia berlatih beberapa kali. alhamdulillah, dari 4 cubaan, dia menggunakan teknik yang sama sebanyak 3 kali. sekali sahaja mungkin tersalah bajet, Idlan terus jatuh dalam dakapan aku yang mengawasi dari bawah.

aku belum pasti bila agaknya Idlan dapat berdiri sendiri tanpa sokongan. kata orang, baby kalau bertubuh hantap (perkataan yang sering disebut mak mertuaku) memang lambat sikit dapat berjalan. sebabnya badan berisi=berat. wallahua'lam. umurnya kini 10 bulan 17 hari, aku tetap setia menunggu detik dia berdiri tanpa sokongan dan berjalan buat pertama kali . mungkin seminggu, dua lagi. yang pasti aku harap aku tak terlepas moment yang menarik seperti itu seperti apa yang aku lihat hari ini.

No comments:

Post a Comment