Sunday, September 26, 2010

Idlan Demam

Thermomoter yang yang harus dimiliki oleh semua parents.

semalam genapla umur anakku 10 bulan. dan semalam juga hari ke2 dia demam. setelah mendapati suhu badannya setinggi 39 darjah celsius (tak pernah lagi suhu badan Idlan setinggi ini..suhu biasa bayi demam ialah 38 darjah), aku bergegas bersama mama Idlan ke hospital UMRA sebab kat situ ada doktor pakar kanak-kanak. aku kalau bab anak aku sakit atau demam, memang aku panik sikit. tambahan lagi sekarang ni dengarnya musim baby kena demam panas.
bertolak dari rumah selepas solat maghrib, kami sampai hospital lebih kurang pukul 8 malam. alhamdulillah kami tak perlu menunggu lama untuk berjumpa doktor.
dipendekkan cerita, doktor menerangkan kami tidak perlu risau dengan suhu. sebaliknya beri perhatian kepada keadaan bayi. antara soalan2 yang doktor tanya:
  • baby mahu makan?
  • baby mahu minum susu?
  • baby buang air besar tiap hari?
  • warna air kencing kuning atau jernih?(klu jernih ok..)
  • baby aktif?
setelah semua jawapan yang aku bagi adalah positif, doktor cakap tak perlu risau. suhu badan bayi naik sebab fungsi badan nak mengaktifkan enzim2 untuk melawan penyakit. namun bila aku menyatakan kerisauan dengan khabar2 dan cerita orang tentang demam panas boleh menyebabkan sawan, kecederaan otak dan sebagainya, doktor sekali lagi menerangkan bahawa yang patut dirisaukan ialah bila bayi lemah, kurang tenaga, tidak aktif, tidak mahu makan atau minum, air kencing kuning pekat, muntah-muntah dan sebagainya. jika ditakdirkan, tidak semestinya suhu mencapai 40 darjah akan menyebabkan dia terkena sakit sawan, kecederaan otak dan sebagainya. sebaliknya dengan suhu 37.5 dartjah sahaja dia boleh terkena. kadang2 demam boleh menjadi penunjuk bahawa sistem pertahanan badannya sedang berfungsi dengan baik. kadang2 ada bayi terkena penyakit2 tersebut sebelum dia sempat demam pun. aku agak berpuas hati dengan penerangan doktor kali ini.
sebelum ini, bila pergi ke klinik biasa, doktor jarang memberi penerangan terperinci. sebaliknya diberi ubat sahaja. walaupun begitu, hasil cari2 di internet aku mendapati pada peringkat suhu badan melebihi 40.5 darjah celcius, walau sebaik mana pun keadaan bayi kita sudah perlu membawa bayi berjumpa doktor. manakala pada suhu 42 darjah celcius, adalah suhu tidak normal. maklumat2 lain di internet nampaknya selari dengan penerangan doktor.
akhir sekali doktor membuat pemeriksaan lanjut dengan melihat anak tekak dan kemudiannya diberi ubat jenis pil melalui lubang dubur Idlan. ahh.. ini tak pernah lagi aku tengok doktor bagi. tapi nasib baik pagi tadi kebetulan ada sahabat dah pun mencadangkan rawatan sebegini bagi bayi so tak lah aku terkejut sangat.
balik dari hospital dalam perjalanan sampai rumah, Idlan nyenyak tidur dipangkuan mamanya.

No comments:

Post a Comment