Sunday, September 19, 2010

merajuk

anakku dah tak pandai duduk diam dalam kereta. kecuali dia tidur, dia akan cuba mencapai apa sahaja didepan dashboard sehingga dia sendiri bosan atau letih. kadang2 disambut pula dengan bebelan yang hanya dia sahaja faham. telatahnya itu amat mencuit hati. tapi kadang2 bimbang juga bila dia lansung tak nak diam dalam pangkuan mamanya. terpaksa pula aku meribanya di tempat duduk pemandu. ya, tindakan yang bahaya tapi aku cuma melakukannya dengan pemanduan yang perlahan di tempat yang sesuai. itu hanyalah pilihan terakhir untuk mendiamkan bebelannya. dan itu juga kerana aku tidak mahu membantutkan kehendak yang disebabkan rasa ingin tahunya.

baru2 ini, anakku yang hampir 10 bulan dah pandai menunjukkan bakat merajuk. semuanya bermula bila mulutnya tak henti2 membebel sambil tangan cuba mencapai radio di dashboard walaupun dalam pangkuan mamanya. sengaja aku tinggikan suara untuk menenggelamkan bebelannya. aku sendiri tak faham apa yang aku bebelkan tapi tujuan aku sekadar ingin melihat reaksinya dalam situasi begitu. agaknya dia percaya dan faham yang aku marahkannya (walaupun aku sekadar berlakon). dia mula diam sambil memandang ke hadapan. selepas beberapa ketika aku berhenti membebel sambil terus memandu. ku perasan dia memalingkan wajah melihat abahnya beberapa saat dan kembali melihat kehadapan.
dalam keadaan begitu, kucuba memegang dan bermain dengan lengannya. wahh.. Idlan menarik tangannya dari pegangan. 3 kali berturut2 aku cuba dia tetap menarik tangan sambil wajah tiada perasaan dan mulut diam seribu bahasa. matanya pula kelihatan pasrah memandang hadapan. aku cuma tertawa melihat gelagatnya. aku cakap dengan mamanya supaya cuba memegang tangan seperti yang aku cuba lakukan. sah!! Idlan merajuk dengan abah. pegangan mamanya dibiarkan.

amat mengujakan melihat perkembangan emosi si kecilku ini. aku biarkan saja keadaan itu sehingga membuat keputusan untuk berhenti di sebuah kedai untuk membeli makanan. sebaik sahaja aku turun dari kereta, Idlan yang masih dipangkuan mamanya memandangku seolah2 minta dikeluarkan. sambil memberikan senyuman, tawa riang dan tangan yang menggapai, dia juga melompat2 diatas riba mama ingin benar diambilku. wahh.. sekejapnya dia merajuk.

sorry ya sayang. Idlan tunggu dengan mama dalam kereta. kejap lagi abah dukung. itu yang kuucap dalam hati.

esok mama Idlan mula bekerja. dan aku akan terus menjaganya dirumah. dalam tempoh 2 minggu cuti di kampung berhari raya, anakku benar2 menunjukkan perkembangan dari segi pergerakan. walaupun belum kuat berdiri, dia sangat aktif, kuat bermain, merangkak dan cuba memanjat itu dan ini. macam2 yang aku risaukan sebab pada masa2 inilah si kecil amat memerlukan pemerhatian sepanjang masa. moga2 aku tak leka dan cuai menjaganya.
Ya Allah..ku mohon bantuan dari Mu..
aminn..

No comments:

Post a Comment